Wednesday 23 April 2014

MERUNGKAI SALAH FAHAM GST....

RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya.

Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.


Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut cukai baru bagi menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan pengurangan cukai syarikat pada masa akan datang.

Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.

Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.

BENARKAH GST CUKAI BARU?

GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut oleh Kastam.

Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, te­lekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.
Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem se­­dia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransfor­masi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yang merugikan negara.


ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?

Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas di­terangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas resit jualan.

Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan per­khidmatan yang dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan ­me­ngakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.



ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?

Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).
Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.

ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?

Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.
Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada pene­rima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?

Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?

Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).

Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.

Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.

Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil.
-Utusan Malaysia 





Tuesday 8 April 2014

POLITIK "MENANGGUK DI AIR KERUH "



ARENA politik negara sentiasa sahaja diwarnai oleh permainan politik tidak berkesudahan oleh pakatan pembangkang. Tidak kira apa pun isu segalanya mahu dijadikan modal politik oleh mereka dengan hasrat untuk meraih sokongan rakyat.

         

Bermula sejak 2008, pakatan pembangkang begitu ghairah sekali untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN), menawan Putrajaya menjadi misi utama mereka. Atas sebab itulah, mereka tidak pernah berputus asa untuk terus menyakinkan rakyat kononnya merekalah pilihan terbaik bagi memerintah negara dan sudah pasti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi sasaran seterusnya.

Sememangnya, tidak salah untuk pakatan pembangkang menyimpan cita-cita untuk memerintah negara ini kerana itulah politik, ia berkaitan soal kedudukan dan kekuasaan. Namun begitu dalam keghairahan dan keterujaan itu janganlah segalanya mahu dipolitikkan.
Begitulah juga apabila berlakunya beberapa kejadian melibatkan negara khususnya dalam peristiwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, penculikan warga China di Semporna dan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Kesemua isu ini tidak terlepas menjadi bahan politik kepada pakatan pembangkang. Politik ‘menangguk di air keruh’ dengan menjadikan peristiwa-peristiwa itu sebagai modal politik sebenarnya bukanlah menunjukkan keprihatinan pembangkang sebaliknya menampakkan wajah sebenar mereka dalam memburu kekuasaan.

Bagi pembangkang, apa sahaja yang boleh dipolitikkan akan dipolitikkan, sama ada ia memberi kebaikan atau keburukan kepada negara itu soal kedua. Apa yang penting imej kerajaan di bawah kepimpinan BN harus diburuk-burukkan seumpama mungkin dengan harapan ia akan menjejaskan sokongan majoriti rakyat kepada parti tersebut.

Ketika pakatan pembangkang begitu mendabik dada bercakap soal menegakkan kebenaran, mengwujudkan keadilan dan memperjuangkan kebebasan melalui demokrasi tetapi tindak tanduk mereka sendiri tidak memaparkan semangat itu.

Kalau mahu mengatakan mereka mampu memerintah jauh lebih daripada BN, ia hanyalah omong kosong, kalau mahu mendabik dada kononnya mereka lebih telus daripada kerajaan BN itu hanyalah pembohongan dan kalau mereka mahu berbangga menyatakan mereka memperjuangkan demokrasi ia hanyalah penipuan.

Sebenarnya, pakatan pembangkang sendiri mempunyai seribu satu keburukan tetapi ia berjaya ditutupi melalui politik alih isu dan menangguk di air keruh. Kepetahan bercakap, kepakaran memutar belit fakta dan kebijaksanaan mengwujudkan persepsi menjadi kelebihan kepada pembangkang untuk menutupi kepincangan politik mereka.

Kesudahannya, mereka semakin rancak menyerang kerajaan walaupun memahami dalam sesetengah isu mereka sepatutnya bersama kerajaan menanganinya atau sekurang-kurangnya bersedia memberikan pandangan yang membina.

Dalam isu kehilangan pesawat MH370 sejak hari pertama lagi, pakatan pembangkang menganggap ia kesempatan terbaik untuk dipolitikkan. Lidah rasmi mereka menyerang kerajaan habis-habisan melalui teori-teori yang cukup memualkan. Malah ada pula dalam kalangan pemimpin mereka bersedia membuat kenyataan yang dilihat berupaya memburukkan imej kerajaan negara ini.

Isu MH370 juga menjadi modal untuk menarik orang ramai ke ceramah-ceramah mereka dengan memaparkan tajuk sensasi seperti ‘penjelasan misteri MH370'. Tetapi sebenarnya tidak ada pun penjelasan, sebaliknya hanya dakwaan dan tuduhan kepada kerajaan semata-mata.

Ada dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang yang merasakan seolah-olah mereka jauh lebih bijak berbanding seluruh masyarakat dunia yang kini berusaha bermati-matian mencari dan merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.

Bagaimanapun kita bersyukur kerana setakat ini tiada mana-mana negara yang bersedia bersekongkol dengan pakatan pembangkang untuk memburuk-burukkan Malaysia dalam isu MH370 ini. Sebaliknya, 26 buah negara dengan sukarela tampil membantu Malaysia.

                                     

Pemimpin-pemimpin negara terlibat tidak mempedulikan kerenah politik pembangkang di Malaysia kerana apa yang lebih penting sekarang ialah mencari pesawat yang hilang tersebut. Mungkin pemimpin pembangkang boleh berbangga kerana ada media asing yang mahu bersekongkol dengan mereka bagi memburuk-burukkan kerajaan tetapi soalnya sejak bila pula media asing pernah membuat liputan baik mengenai Malaysia apabila timbul sesuatu isu?

Politik ‘menangguk di air keruh’ pembangkang ini juga berterusan apabila kerajaan mahu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang Rang Undang-undang mengenai perkara itu sedang dibahaskan di Dewan Rakyat. Pakatan pembangkang cuba memberi pandangan negatif terhadap pelaksanaan cukai itu biar pun ia amat baik untuk masa depan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Sebenarnya seperti mana ditegaskan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz ketika membahaskan rang undang-undang itu, pembangkang membantah GST kerana kesan positif daripada pelaksanaan sistem percukaian tersebut akan mengundang malapetaka politik kepada mereka.

                                            

Hujah Ikmal Hisham, pelaksanaan GST bukan sahaja mampu mengukuhkan ekonomi negara malah turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat."Pakatan pembangkang sebenarnya takut apabila ekonomi negara kukuh dan rakyat gembira dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan, ia akan menyebabkan mereka tiada lagi modal untuk memburuk-burukkan kerajaan sekali gus menghalang niat songsang mereka meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti," kata Ikmal Hisham.

Hujah Ikmal Hisham tersebut memang tepat kerana pakatan pembangkang takut dengan apa juga perkara yang dilihat mampu menaikkan imej kerajaan BN. Atas alasan inilah jika apa juga perkara baik yang hendak dilakukan oleh kerajaan BN akan dipolitikkan dan diberikan gambaran negatif.

Bukan kata dalam soal pengurusan politik dan negara malah dalam bidang agama juga mereka bimbang, kalau BN khususnya UMNO menonjol dalam soal mengembangkan syiar Islam.Sebab itulah, program selawat perdana yang dianjurkan oleh kerajaan BN dan UMNO di seluruh negara diperlekehkan dengan pelbagai hujah. Mereka bimbang kalau UMNO menonjol dalam melaksanakan aktiviti Islam, apa modal politik mereka untuk meraih sokongan orang Islam? Bagaimana mereka hendak meneruskan agenda menuduh UMNO menolak Islam?

Bagaimanapun biarlah pakatan pembangkang dengan apa juga corak politik mereka termasuklah mengamalkan politik ‘menangguk di air keruh’ kerana akhirnya seperti mana kata Ikmal Hisham, rakyat pasti akan menyedari bahawa pembangkang hanyalah saudagar mimpi, pedagang janji dan penjual ilusi - Utusan Melayu (M) Bhd 

ITU DAKYAH PEMBANGKANG .......


                                           


Rakyat diminta tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kononnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh dimansuhkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.

Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang memberi gambaran kurang tepat apabila mendakwa pelaksanaan GST di beberapa negara seperti Kanada dan Australia merupakan faktor yang membawa kepada peralihan parti yang memerintah.Menurut beliau, andaian itu dibuat berdasarkan kepada kejayaan Parti Liberal yang berpendirian anti-GST menewaskan Parti Progresif Konservatif pimpinan Brian Mulroney pada pilihan raya Kanada 1993.

"Perlu diingat bahawa Parti Liberal pimpinan Jean Chretien bukan sahaja memungkiri janji untuk memansuhkan GST malah meneruskannya sehingga menyebabkan dua ahli Parlimen dari parti tersebut iaitu Sheila Copps dan John Nunziata meletak jawatan."Kerajaan Kanada selepas itu sehingga di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang, Stephen Harper tidak berani memansuhkan GST," katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang GST 2014 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Ahmad Fauzi, situasi sama turut berlaku di Australia apabila Perdana Menteri selepas John Howard iaitu Kevin Rudd, Julia Gillard dan Tony Abbott tidak memansuhkan pelaksanaan GST.Malah, jelas beliau, Parti Liberal pimpinan Howard yang berkempen menentang GST pada pilihan raya Australia 1996 telah melaksanakan sistem percukaian itu pada 1 Julai 2000.

"Sekiranya Kanada dan Australia menjadi rujukan oleh pakatan pembangkang dalam isu GST, maka saya cukup yakin mereka juga akan melakukan perkara yang sama iaitu pura-pura menolak GST tetapi setelah memegang kuasa, mereka akan meneruskannya," 
ujarnya- UtusanMalaysia  

Wednesday 2 April 2014

BEKAS PRESIDEN PAS AKUI SYIAH MENULAR DALAM PAS SEJAK DULU LAGI




Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Haji Muda [Presiden PAS ke-3]

Pada suatu ketika selepas PAS menguasai Kelantan dan Terengganu, pernah dibangkitkan bahawa PAS sengaja mempermainkan isu kafir mengkafir untuk menarik pengundi dan sokongan rakyat khususnya umat Islam, sehingga pada suatu ketika suasana masyarakat begitu tegang di Kelantan. Banyak ulama tergugat, pengajian pondok sering diganggu. Kadang-kadang pengajaran tafsir juga menjadi suatu momok yang membimbangkan, terutamanya apabila pentafsiran mengenai ayat-ayat tertentu.Sebenarnya sepanjang yang saya tahu, PAS sendiri tidak pernah mengambil sebarang ketetapan atau keputusan dalam mana-mana mesyuarat pun, baik peringkat pusat mahupun di peringkat cawangan. 

Badan yang berhak memutuskan dalam hal seperti ini ialah Dewan Ulama; sedangkan Dewan Ulama tidak pernah membuat keputusan sama ada dengan bertulis atau dengan lisan. Pada ingatan saya ada suatu ketika muncul cadangan tentang perkara yang tersebut untuk dibincangkan dalam suatu persidangan muktamar, akan tetapi cadangan itu tidak diterima untuk dihabaskan oleh Ketua Dewan Ulama. Jadi mengaitkan isu kafir-mengkafir dengan PAS pada masa dahulu tidaklah adil.Cuma pada peringkat akhir kepimpinan saya dalam PAS sesudah tidak berada dalam Barisan Nasional lagi, mulailah timbul berbagai-bagai karenah.

Pada suatu pagi, telah berkunjung ke rumah saya di Kuala Lumpur seorang pemimpin muda PAS. Waktu itu Dato' Seri Dr. Mahathir baru sahaja mengambil alih pimpinan UMNO. Surat khabar pada pagi itu telah memuatkan kenyataan pertama daripada pemimpin UMNO yang baru itu tentang arah langkah dan masa depan UMNO. Pokok utama yang ditimbulkan ialah penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat dan negara demi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat. Pemimpin muda PAS itu mendedahkan perasaan kebimbangannya tentang masa depan PAS, sehingga terluah segumpal ayat "Kalau begitu taktik Mahathir dengan UMNOnya, habislah PAS". Saya lantas bertanya : "Kenapa PAS boleh habis? nak tahu selanjutnya.........(Keris7Lok)

KETUA PENGARAH & CEO IATA HENTAM CNN DAN ANWAR #MH370#

Agenda media barat nak memburukkan Malaysia..Jadi mereka menggunakan peluang yang ada (Tragedi MH370) untuk mengkritik Kerajaan Malaysia kononnya pihak kerajaan lemah dalam pengurusan krisis MH370 dan menuduh Malaysia menyembunyikan banyak fakta dari pengetahuan umum..



Sebagai pengamal media antarabangsa yang terkemuka di dunia, mereka sediamaklum segala fakta dan maklumat yang diterima oleh pihak kerajaan berhubung insiden kehilangan MH370 perlu diteliti dan dikaji kesahihannya sebelum ianya diumumkan kepada awam.. Tetapi mereka sanggup mengenepikan etika mereka dengan melaporkan berita yang tidak sahih dan berat sebelah..

Apa yang lebih menyedihkan, segala usaha media barat untuk mencemarkan imej Malaysia di mata dunia bertambah mudah apabila gerakan mereka mendapat pertolongan pihak pembangkang yang mempolitikkan isu ini untuk kepentingan mereka..


Dan hasilnya...






Adakah kita sebagai rakyat Malaysia sanggup melihat imej negara kita tercemar disebabkan kritikan dan caci maki oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini hanya untuk merealisasikan agenda mereka.... 

Selanjutnya...... Empayar Pemuda